Debut Karim Benzema Pacu Kemenangan Al-Ittihad
Asia
Ittihad
Advertisements

Debut bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema bersama Al-Ittihad berakhir dengan cemerlang. Ini selepas kelab Arab Saudi itu menewaskan ES Tunis 2-1 dalam aksi Kumpulan A, Arab Club Champions Cup awal pagi ini.

Bagaimanapun, Al-Ittihad dikejutkan dengan pendahuluan awal Mkachkha pada minit ke-26 menerusi pemain sayap Oussama Bouguerra.

The Tigers kemudiannya mengikat kedudukan 1-1 menerusi penyerang Maghribi, Abderrazak Hamdallah yang mudah menanduk hantaran Benzema.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat terus menggandakan asakan bagi mencari gol kemenangan. Gol yang dicari-cari akhirnya muncul pada minit ke-55 menerusi sepakan cantik Benzema yang menerjah gawang ES Tunis.

Kemenangan ini meletakkan Al-Ittihad mendahului Kumpulan A dengan perbezaan jaringan di hadapan kelab di tempat kedua, Al-Shorta.

Selain Benzema, bekas perancang Celtic, Jota dan bekas pemenang EPL, N’Golo Kante turut membuat kemunculan pertama bersama The Tigers dalam perlawanan berkenaan.

Advertisements

Bekas penyerang Lyon itu turut gembira dengan persembahannya. Dalam satu ciapan di X, Benzema berkongsikan beberapa gambar beliau meraikan jaringan sambil melafazkan rasa syukur kepada Allah s.w.t.

Selepas ini, Al-Ittihad bakal berdepan CS Sfaxien dalam aksi kedua Kumpulan A pada 31 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram