Debut Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Akhirnya Tercapai

R. Kogileswaran Instagram @chfc 2023 Debut Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Akhirnya Tercapai
@chfc_2023
Nik Faris @nikfalovic
5:33pm 29/03/2023

Pemain sayap pasukan K2 League, R. Kogileswaran membuat penampilan sulung bersama pasukannya, Chungbuk Cheongju FC hari ini.

Bekas bintang PJ City FC ini mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan pasukan setelah menanti peluang dengan cukup lama.

Pemain berusia 25 tahun ini telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Korea Selatan setelah meninggalkan pasukan sungguhpun mendapat beberapa tawaran dari negara jiran.

Kogileswaran dilihat sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu kelabnya dan berusaha merebut tempat di sana.

Menerusi perkembangan yang dikongsikan oleh kelabnya, Kogileswaran diturunkan selaku pemain sayap dalam satu aksi Piala FA Korea menentang Jungnang Chorus Mustang.

Peluang berharga ini sudah tentu mahu dimanfaatkan oleh beliau bagi meraih lebih banyak minit permainan dan mendapat kepercayaan jurulatih.

Aksi tersebut bakal berlangsung pada jam 6 petang ini dengan keputusan langsung bakal dikemas kini di MakanBola.