Debut Lain Macam Kogileswaran Bawa Chungbuk Cheongju Tewaskan Seoul Jungnang
Asia
Kogiraj21
Advertisements

Selepas menanti R. Kogileswaran membuat kemunculan pertama bersama Chungbuk Cheongju, penantian penyokong Malaysia dianggap berbaloi. Ini selepas bekas pemain sayap PJ City itu membantu Chungbuk mara ke pusingan ketiga Korean FA Cup selepas menundukkan kelab K4 League, Seoul Jungnang.

Sebaik sepak mula, barisan serangan Chungbuk terdiri daripada Kogileswaran, Lee Seung-jae dan Jung Min-woo mengasak kubu pertahanan Jungnang. Pada awalnya, barisan pertahanan pelawat berupaya menyerap asakan tuan rumah.

Kogileswaran yang membuat penampilan kali pertama beberapa kali menguji pertahanan Jungnang dengan beberapa percubaan merbahaya. Bagaimanapun, semua percubaannya tidak menemui sasaran.

Advertisements

Tetapi sebelum rehat, Chungbuk akhirnya mendahului menerusi bek tengah Lee Jeong-tack pada minit ke-43. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah menggandakan jaringan menerusi Seung-jae (minit ke-55) dan pemain gantian, Kang Min-seung pada minit ke-79. Sementara Kogileswaran pula dikeluarkan pada minit ke-60 selepas menunjukkan persembahan memuaskan di atas padang.

Tidak kira siapa lawan mereka selepas ini, Chungbuk boleh saja mengharapkan khidmat Kogileswaran sebagai pengacau pertahanan lawan. Malah, penampilannya turut mendapat pujian penyokong di laman media sosial rasmi kelab.

Advertisements

Selepas ini, Chungbuk bakal menentang Gangwon di pusingan ketiga Korean FA Cup. Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada 12 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram