Advertisement
Declan Lambert: Bagus Untuk Malaysia Turun Sebagai Pasukan Bukan Pilihan
Harimau Malaya
MakanBola
famtv

Tonggak pertahanan negara, Declan Lambert yakin Malaysia turun sebagai pasukan bukan pilihan memberi sedikit kelegaan kepada pemain.

Harimau Malaya kini dalam persiapan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 namun dilanda beberapa kecederaan tunjang utama seperti Arif Aiman dan Syafiq Ahmad.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun gembira dapat kembali bersama Harimau Malaya setelah hampir dua tahun tidak mendapat panggilan.

“Gembira untuk kembali bersama Harimau Malaya. Dua tahun adalah tempoh agak panjang saya tidak bersama pasukan. Persiapan di sini sangat profesional, ada beberapa muka baharu tetapi pemain tunjang masih sama.

Tonggak The City Boys itu mengakui terdapat persaingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama susulan terdapat beberapa pemain senior dalam pasukan.

“Saya tahu persaingan sengit untuk mendapat tempat. Pemain-pemain lain sangat bagus dan memberi persaingan sengit. Saya sentiasa bersaing untuk mendapatkan tempat. Harapnya saya dapat memperagakan aksi terbaik untuk beraksi dalam kesebelasan utama,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Declan juga tahu cabaran sukar menanti Malaysia di gelanggang lawan dan pasukan memerlukan kemenangan penting berdepan Kyrgyzstan saat ini.

“Mereka pasukan yang bagus tetapi kita sudah bertemu mereka sebelum ini.

“Pasukan menghadapi krisis kecederaan dan pemain yang jarang beraksi perlu menunjukkan kemampuan sebenar.

“Beraksi sebagai pasukan bukan pilihan kadang kala bagus. Mungkin lawan melihat kita memiliki kecederaan dan memandang mudah aksi ini tetapi kita masih memiliki pemain berkualiti dalam skuad,” jelasnya.

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.