Kedah Akan Borong Pemain Berkualiti Untuk Piala AFC Kelak
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Selepas melalui empat perlawanan tanpa kemenangan, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) disahkan bakal membawa masuk beberapa pemain baharu demi memberi saingan terbaik dalam saingan Piala AFC yang dijadulakan pada Jun ini.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak mengesahkan bahawa skuadnya kini dalam perancangan untuk membawa masuk kemungkinan sehingga lima pemain baharu bagi memantapkan pasukan.

“Kami akan membuat beberapa pertukaran pada jendela perpindahan kedua kali ini kerana keadaan pasukan tidak berada pada kedudukan terbaik ketika ini.

Advertisements

“Kami adalah Kedah, dan kami mahu jadi yang terbaik. Jadi dengan kesempatan pada jendela perpindahan kedua ini, kami merancang akan melakukan pertukaran seramai dua atau tiga atau mungkin hingga lima pemain kerana kami mahu beraksi pada tahap terbaik di Piala AFC musim ini,” jelas Aidil.

Aidil juga sedar akan pertemuan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan Jun nanti dan akan mempersiapkan pasukan dari segi kecergasan untuk menyaingi juara bertahan Liga Super itu.

“Disamping itu, jangan lupa perlawanan seterusnya selepas ini pula akan bertemu JDT di mana kami perlu bersiap sedia dengan bekerja lebih keras pada tahap lebih tinggi terutama membabitkan tahap kemampuan dan kecergasan,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

KDA FC kini berada di tangga ke-4 Liga Super dengan mengumpul 14 mata dari 9 perlawanan yang dilalui.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram