Dennis Bekking: Haykal Danish Tidak Akan Jadi Yang Terakhir
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Bekas pengarah teknikal Selangor FC, Dennis Bekking percaya lebih ramai pemain muda bakal mengikut jejak Haykal Danish Mohd Haizon menyertai skuad Harimau Malaya.

Nama pemain tengah muda Selangor itu mencuri perhatian penyokong selepas dipilih menyertai rombongan Harimau Malaya menentang New Zealand pada 14 Oktober ini.

Ad

Pemilihan Haykal Danish menarik bukan saja kerana statusnya sebagai tonggak skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19). Malah, ini disebabkan faktor usianya yang baru mencecah 19 tahun.

Ad

Bekking yang kini menggalas peranan sebagai pengarah akademi PEC Zwolle melihat kemunculan Haykal Danish dapat menambah kekuatan Harimau Malaya untuk jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan usaha tersebut, ia bukan saja memerlukan kesabaran. Malah, Bekking melihat usaha ini juga memerlukan kepakaran, sokongan dan dana.

Ad

“Haykal Danish terpilih untuk skuad senior kebangsaan Malaysia. Beliau tidak akan jadi (pemain muda) yang terakhir (sertai Harimau Malaya).

Ad

“Kesabaran (membentuk pemain muda) itu moral. Kepakaran, logik, semangat dan penyaluran dana bakal realisasikan yang selebihnya,” katanya dalam satu hantaran di X.

Ad

Selain Haykal, penjaga gol muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Haziq Aiman Mohd Esa turut berada dalam pasukan yang dibimbing Pau Marti Vicente untuk aksi menentang All Whites.