Advertisement
Detik Malang Liverpool 10 Tahun Lalu Berulang Kembali
EPL
MakanBola
Sky Sports

Ramai penyokong Liverpool hampa apabila melihat pasukan kesayangan mereka tewas 1-0 kepada Crystal Palace semalam.

Ini kerana kekalahan tersebut meranapkan impian mereka bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24.

Kekalahan tipis di tangan The Eagles mengingatkan penyokong The Reds kepada apa yang berlaku di Anfield 10 tahun lalu.

Musim 2013/14 menyaksikan Liverpool merebut kejuaraan EPL dengan Manchester City yang ketika itu dibimbing Manuel Pellegrini.

Dengan baki tiga perlawanan, The Reds yang ketika itu dibimbing Brendan Rodgers berpeluang menolak Chelsea keluar daripada persaingan merebut kejuaraan liga.

Walau bagaimanapun, The Blues yang dibimbing Jose Mourinho memilih pendekatan bertahan sekaligus mengecewakan pemain dan penyokong The Reds.

Liverpool yang lebih banyak menyerang kemudiannya tersentak apabila kapten, Steven Gerrard tergelincir semasa mengawal bola.

Peluang itu pantas direbut penyerang Senegal, Demba Ba yang melarikan bola sebelum menyumbat gol pertama. Willian memastikan The Blues pulang dengan tiga menerusi gol kedua pada akhir perlawanan.

Lapan hari selepas itu, Palace meranapkan terus impian Liverpool dengan mengikat pasukan itu 3-3 di Selhurst Park.

Pada akhir musim 2013/14, City muncul juara dengan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Kekalahan perlawanan semalam dilihat perit memandangkan ini musim terakhir pengurus Liverpool, Jurgen Klopp di Anfield.

Pada awal tahun ini, bekas pengurus Borussia Dortmund itu memaklumkan bahawa beliau akan meninggalkan Anfield pada akhir musim 2023/24.