Dua orang penjaga gol berbakat, Ahmad Syihan Hazmi dan juga Kalamullah Al-Hafiz berdepan detik mencabar bagi saingan musim 2023 malam ini.
Kedua-dua pemain ini bakal berentap antara satu sama lain dengan misi untuk membantu pasukan yang diwakili mencatat kemenangan penting.
Syihan yang kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi peranan untuk menjadi penjaga gol utama di bawah kendalian Tano Solari.
Kalamullah juga memainkan peranan yang cukup penting bersama Kedah Darul Aman musim ini setelah mendapat kepercayaan oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain.
Ketangkasan dua penjaga gol kebangsaan ini ditagih untuk menafikan setiap percubaan yang dilakukan oleh pihak lawan.
Setakat ini, mereka merupakan antara penjaga gol yang mencatatkan jumlah clean sheet terbaik musim ini.
Syihan berjaya merekodkan 6 perlawanan tanpa bolos sepanjang aksi 630 minit manakala Kalamullah sebanyak 3 perlawanan.
Setakat ini, bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini hanya bolos satu gol sahaja dan disusuli oleh bekas rakan sepasukannya di PJ City, Kalamullah dengan 5 gol.
Kedua-dua pasukan turun dalam misi penting dengan rekod kebal JDT di SSI sudah pasti mahu dinoktahkan oleh Kedah.