Dibelasah Australia, Indonesia Buka Ruang Malaysia Memintas
MakanBola
TimnasIndonesia/FAM
Sponsors

Ranking Timnas Indonesia terus mencatatkan penurunan sekali gus membuka ruang buat Malaysia untuk memintas.

Skuad kendalian Patrick Kluivert membuka era baharu di Allianz Stadium dengan agak baik menerusi beberapa percubaan awal.

Ad

Namun begitu, penguasaan sempurna oleh anak buah Tony Popovic menyaksikan Sang Garuda menanggung kekalahan 5-1 pada akai ketujuh peringkat kumpulan.

Ad

Kemas kini terbaru menyaksikan Indonesia kehilangan -4.24 mata FIFA untuk mengumpul 1126.26 mata ketika ini dan berada pada kedudukan ke-131 dunia.

Kedudukan ini menyaksikan peluang Harimau Malaya untuk memintas Indonesia sekiranya melakar kemenangan pada aksi pembukaan menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

Skuad kebangsaan menghuni tangga ke-132 dunia dengan 1115.51 mata dan bakal memperoleh tambahan mata ranking FIFA sekiranya merekodkan kemenangan ke atas Nepal.

Ad

Aksi Malaysia vs Nepal dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini jam 10 malam di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Indonesia pula bakal menentang Bahrain pada aksi terakhir kumpulan pada 25 Mac ini jam 8.45 malam di laman sendiri.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments