Dibuang Tanpa Sebab, Dendam Bekas Bintang Urawa Reds Terhadap Kelabnya Terbalas
Asia
Nagoya Grampus
Advertisements

Bekas pemain Urawa Reds, Kasper Junker berjaya menebus kekecewaan terhadap bekas kelabnya sendiri apabila menjadi watak penting dalam aksi pusingan keempat Emperor Cup.

Pemain berusia 29 tahun itu menerima nasib malang apabila dilepaskan oleh kelabnya ke kelab J1 League, Nagoya Grampus secara pinjaman selama satu musim.

Perpindahan tersebut menjadi tanda tanya tatkala beliau memainkan peranan yang penting untuk membantu pasukan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun lalu.

Advertisements

Perancangan Urawa Reds akhirnya memakan diri sendiri pemain kelahiran Denmark itu menjadi watak pemusnah yang menyaksikan pasukan bimbingan Maciej Skorża tewas 3-0.

Bekas pemain Bodo itu masuk selaku pemain gantian pada babak kedua permainan dan berjaya menemui sentuhan jaringan pada minit ke-75.

Jaringan tersebut sekaligus meranapkan impian Urawa Reds untuk mara ke pusingan berikutnya.

Advertisements

Kasper menyertai The Reds pada tahun 2020 telah menjadi antara tunjang utama namun khidmatnya telah disisihkan yang akhirnya memusnahkan impian bekas majikannya sendiri.

Junker telah meledak 11 gol dalam 21 penampilan Liga J1 selain merekodkan satu jaringan dalam Emperor Cup setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram