Dimainkan Bersama Skuad Bawah-23, Portimonense Dikritik sebahagian ‘Netizen’
MakanBola
Sponsors

Penyerang skuad kebangsaan negara, Safawi Rasid telah mendapat minit permainan pertamanya di Portugal ketika dimainkan pada perlawanan skuad bawah-23 Portimonense SAD menentang Sporting Club yang berakhir dengan kekalahan.

https://www.instagram.com/p/CGa9N2jFj1B/?igshid=1nxtl58c2z1zk
Kredit : Malayantiger.co

Safawi bermain sepanjang 56 minit perlawanan sebelum dikeluarkan dan membantu pasukannya mengimbangi perlawanan dengan skor 1-1. Selepas beliau dikeluarkan, pasukan lawan menambah dua lagi jaringan dalam masa tiga minit menerusi percubaan Duarte Carvalho dan Scoglund. Sepanjang dimainkan oleh jurulatih, Safawi melakukan beberapa ‘killer pass’ dan gelecekan yang berbahaya. Beliau juga menunjukkan aksi kawalan bola yang baik sehingga menyukarkan pertahanan lawan merebut bola dari kakinya.

Ad
https://www.instagram.com/p/CGbT_TcHXqA/?igshid=1ux2n8vovk19p
Kredit : Malayantiger.co & Rotptv

Di ruangan komen, terdapat sebahagian netizen yang mengkritik Portimonense kerana tidak membawa Safwi ke Maritimo untuk melakukan debut bersama skuad senior. Antara komen yang dibuat oleh netizen adalah “Main dengan skuad U-23, nampak gaya kena scam ni deh” dan juga “Dapat harapan palsu, baru nak tengok debut senior.” Malah ada juga netizen yang inginkan Astro Arena untuk membatalkan siaran langsung perlawanan Maritimo menentang Portimonense.

Ad
Pesawat MAS MALAYSIA 47 Dimainkan Bersama Skuad Bawah-23, Portimonense Dikritik sebahagian 'Netizen'
Komen di instagram
Pesawat MAS MALAYSIA 48 Dimainkan Bersama Skuad Bawah-23, Portimonense Dikritik sebahagian 'Netizen'
Komen di Instagram
Pesawat MAS MALAYSIA 49 Dimainkan Bersama Skuad Bawah-23, Portimonense Dikritik sebahagian 'Netizen'
Komen di FaceBook page rasmi Portimonense

Walaubagaimanapun terdapat juga netizen yang bersikap bijak dan rasional yang inginkan penyokong Malaysia agar lebih bersabar. Antaranya ialah ” Jangan ingat ni Liga M, terus dapat main first squad.” dan juga rata-ratanya menyatakan bahawa masih terdapat banyak perlawanan untuk melihat Safawi bermain buat pasukan utama.

Pesawat MAS MALAYSIA 50 Dimainkan Bersama Skuad Bawah-23, Portimonense Dikritik sebahagian 'Netizen'
Komen bijak yang dibuat oleh penyokong Malaysia
Pesawat MAS MALAYSIA 51 Dimainkan Bersama Skuad Bawah-23, Portimonense Dikritik sebahagian 'Netizen'
Komen daripada Penyokong

Berdasarkan video highlight yang dikeluarkan oleh Portimonense, jelas menunjukkan Safawi masih gugup dan masih menyesuaikan diri dengan gaya permainan di Portugal. Oleh itu, penyokong Malaysia seharusnya bersabar sebelum dapat melihat Safawi bermain bersama dengan skuad utama.

Ad
https://www.youtube.com/watch?v=RSG7HX2h5F4
Highlight perlawanan

Pada malam ini, pasukan senior Portimonense SD akan bermain menentang pasukan Maritimo. Ayuh saksikan perlawanan malam ini di Astro Arena yang bersiaran langsung pada pukul 10.30 malam.

Ad