Diogo Luis Santo Dikaitkan Kembali Ke JDT
MakanBola
Yahoo Sports
Sponsors

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dikaitkan dengan kepulangan semula ke Malaysia bersama bekas majikannya.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tunjang utama buat Harimau Selatan ketika bersama mereka sekitar tahun 2019.

Ad

Beliau menjadi watak penting apabila ketajaman penyudahnya telah membaqa banyak kejayaan buat JDT selain memacu cabaran pasukan di pentas Asia.

Ad

Walau bagaimanapun, penyerang kelahiran Brazil ini kini mula disebut-sebut akan kembali bersama JDT selepas kontraknya bersama jaguh Liga Thailand, BG Pathum telah pun ditamatkan.

Spekulasi mengenai kepulangannya mula bertiup kencang apabil pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (JDT) telah mengumumkan bahawa kelab akan menandatangani penyerang dari Brazil bagi tahun 2023.

Ad

Hal ini dikuatkan dengan hantaran yang dilakukan oleh wartawan terkenal, Zulhelmi Zainal Azam yang menyatakan mengenai kepulangan seseorang ke Liga Malaysia.

Ad

TMJ mahu JDT memiliki penyerang yang mampu menampung jentera serangan sekiranya Bergson dan juga Fernando Forestieri perlu direhatkan.