Dion Cools Antara 4 Pemain Tumpuan J-League
MakanBola
Cerezo Osaka

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools dilabel antara empat pemain tumpuan saingan J-League 1 untuk Liga Visi 100 Tahun.

Ini selepas pengelola liga berkenaan, J-League International memilih beliau sebagai pemain yang patut diberi perhatian musim ini.

Ini termasuk dua gol dan satu bantuan gol yang direkodkan Cools dalam 16 penampilan bersama Cerezo Osaka pada musim lalu.

Sejak menyertai Cerezo dari Buriram United pada musim panas 2025, bekas pemain pertahanan Club Brugge itu dilihat pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan liga berkenaan.

Cools turut mengakui corak permainan liga tersebut membantunya menjadi pemain yang lebih baik terutama bila bersama Harimau Malaya.

Selain beliau, J-League turut menyenaraikan penyerang Gamba Osaka, Makoto Mitsuta, Keisuke Osaka (Sanfreece Hiroshima) dan Matheus Jesus (V. Varen Nagasaki).

Menariknya, Cools bakal berentap dengan Mitsuta menerusi aksi setempat antara Cerezo dan Gamba pada 7 Februari ini.

Aksi ini bukan saja memberi peluang buat kedua-dua pasukan untuk meraih mata pertama musim ini. Malah, ini juga peluang buat Cools dan Mitsuta membuktikan kaliber mereka sebagai pemain tumpuan liga musim ini.