Dion Cools Bantu Buriram United Sekat BG Pathum
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Aksi kesembilan saingan Liga Thai hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan BG Pathum United.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan bek pertahanan kebangsaan, Dion Cools diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan membantu mengawal kubu pertahanan Buriram.

Ad
Sponsors

Babak separuh masa pertama tamat dengan seri 0-0. Kedua-dua pasukan gagal mencetak sebarang jaringan sebelum menuju ke bilik persalinan.

Ad

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Buriram dilihat lebih banyak mengusai permainan berbanding pasukan pelawat. Banyak percubaan berjaya dilepaskan anak buah Matasida Ishi namun ia tidak tepat mengena sasaran.

Biarpun beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pengendali pasukan, gol yang dicari-cari tetap tidak kunjung tiba sehingga tamat perlawanan.

Ad

Gandingan Dion Cools bersamaa Pansa Hemvibon, Min Hyeok Kim dan Theerathon Bunmathan terus cemerlang apabila kebal dari dibolosi. Aksi tamat, Buriram United 0-0 BG Pathum.

Ad