Dion Cools Bawa Prestasi Kukuh Di Thailand Bersama Malaysia
Harimau Malaya
Main Stand
Advertisements

Prestasi cemerlang Dion Cools bersama juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United amat berguna untuk skuad negara menjelang saingan Piala Asia 2023.

Musim 2023-2024 menyaksikan bekas bek tengah FC Brugge itu telah merekodkan 21 penampilan dalam semua kejohanan untuk Buriram United termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Biarpun Thunder Castle ketika ini di tangga keempat liga, kelab tersebut memiliki rekod kedua terbaik dari segi bilangan gol yang dibolosi dalam liga.

Advertisements

Mereka hanya dibolosi 10 kali, jauh mengatasi Port (12 gol) dan BG Pathum United (20 gol). Hanya Bangkok United memiliki rekod yang lebih baik dengan lima gol.

Ini disumbang oleh keputusan jurulatih Buriram, Arthur Papas dan sebelumnya, Masatada Ishii yang memberi kepercayaan kepada Cools mengemudi bahagian pertahanan.

Walaupun kadang-kadang bergandingan dengan pemain berbeza di bek tengah, beliau memastikan barisan pertahanan Thunder Castle kekal ampuh.

Advertisements

Reputasi Cools sebagai orang besi Harimau Malaya terus diperkukuh apabila menjadi pilihan Kim Pan-gon di barisan pertahanan.

Tahun 2023 menyaksikan beliau tampil lapan kali bersama Harimau Malaya kecuali untuk dua aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada Jun lalu.

Dalam tempoh tersebut, skuad negara meraih lima kemenangan, dua seri dan satu kekalahan. Kekalahan tunggal Malaysia ini dialami dalam final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan pada Oktober lalu.

Advertisements

Kali terakhir Cools tampil membarisi Harimau Malaya ialah dua aksi kelayakan Piala Dunia menentang Kyrgyzstan dan Taiwan.

Dua aksi ini bukan saja menyaksikan Cools membantu skuad negara meraih kemenangan. Malah, beliau turut menambah dua gol dalam aksi kelayakan menentang The White Falcons.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram