Advertisements
Dion Cools Belum Sedia Pulang Ke Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan dirinya belum bersedia untuk pulang beraksi di liga Malaysia.

“Saya sentiasa memberitahu isteri saya bahawa saya suka berada di Asia namun saya juga terlintas di fikiran untuk meneroka budaya lain seperti Jepun atau Korea suatu hari nanti.”

“Saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia buat masa sekarang. Kemungkinan sentiasa ada tetapi sekarang saya masih komited bersama Buriram United di Thailand. Kita tunggu sahaja apa akan terjadi di masa hadapan.” ujar Cools kepada Astro Arena.

Dion Cools merupakan pemain penting skuad kebangsaan Malaysia dibahagian pertahanan sejak melakukan debut pada Jun 2021 yang lalu.

Pemain berusia 27 tahun ini bermain penuh 90 minit dalam ketiga-tiga perlawanan Piala Asia 2023 menentang Jordan, Bahrain dan juga Korea Selatan.

Versatiliti Dion Cools juga terpapar bersama skuad kebangsaan apabila beliau mampu bermain selaku pertahanan tengah dan juga pertahanan kanan pasukan.

Pemain pertahanan ini juga menjadi watak penting sewaktu Malaysia menentang Kyrgyzstan tempoh hari dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 apabila dua jaringan Cools berjaya menewaskan Kyrgyzstan 4-3.

Dion Cools pernah beraksi di Eropah untuk beberapa pasukan seperti Club Brugge, FC Midtjylland, Zulte Waregem dan Jablonec sebelum akhirnya menyertai Buriram United pada Januari 2023.

Buriram United kini menghuni tangga kedua liga Thailand dibelakang Bangkok United setelah meraih 30 mata menerusi 8 kemenangan, 6 seri dan 1 kekalahan.

Cools sebelum ini berpendapat bahawa bola sepak Malaysia sedang memberikan petanda bagus setelah bangkit mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan.

“Ini satu perkara yang bagus untuk bola sepak Malaysia walaupun pihak lawan lebih dominan. Pada akhirnya, gol yang dikira dan perlawanan berakhir seri 3-3. Kita berhak mendapat satu mata dan saya gembira untuk semua pemain.” ujarnya.