Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama kelabnya, Buriram United.

Advertisements

Kejayaan ini dicapai apabila pencabar utama Buriram United iaitu Bangkok United tewas mengejut kepada Police Tero yang dibimbing oleh bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe.

Aksi yang berlangsung pada Jumaat itu menyaksikan tiga gol Police Tero hasil ledakan padu Dennis Villanueva, tandukan Juvhel Tsoumou dan penyudah Yashir Islame Pinto sudah cukup untuk memusnahkan impian Bangkok United.

Advertisements

Kekalahan besar ini menyaksikan Bangkok United hanya mengumpul 58 mata dengan berbaki satu lagi perlawanan, ketinggalan lima mata di belakang Buriram masih memounyai dua aksi untuk dimainkan.

Kini, secara rasminya Buriram United dinobatkan sebagai juara Thai League 1 bagi musim 2023/2024 setelah Bangkok United tidak mungkin dapat memintas mata skuad bimbingan Jorginho Campos ini.

Advertisements

Untuk rekod ini merupakan kejuaraan liga kedua berturut-turut buat Dion Cools bersama Buriram United di Thailand setelah muncul juara pada musim lalu juga dan secara keseluruhan kemenangan liga hatrik buat The Thunder Castle sejak musim 2021/2022.

Dua baki aksi Buriram United adalah berdepan Uthai Thani di laman lawan pada 18 Mei sebelum kembali ke gelanggang sendiri untuk menentang Khon Kaen United dalam perlawanan terakhir liga minggu hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram