Dion Cools Jadi ‘Kereta Kebal’ Buriram United
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools bertukar menjadi kereta kebal buat Buriram United apabila membantu pasukannya daripada dibolosi dalam kemenangan 4-0 ke atas Trat FC.

Dion Cools yang bermain sebagai pertahanan tengah buat Buriram United menampilkan aksi cemerlang dibahagian pertahanan apabila diberi penilaian 7.2 dalam perlawanan tersebut menurut laman sofascore.

Ad
Sponsors

Malah Dion Cools mencatatkan 88% ketepatan hantaran dan memenangi 4 daripada 8 perebutan bola sepanjang 90 minit beraksi buat Buriram United.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Revo Thai League (@thaileague)

Dion Cools yang baru sahaja pulang dari tugas antarabangsa beberapa hari lalu berjaya meneruskan rentak kecemerlangan beliau sebagai pemain pertahanan.

Ad

Buriram United kini mempamerkan aksi kebal dibahagian pertahanan yang dibantu oleh Dion Cools apabila masih belum dibolosi sebarang gol dalam 4 perlawanan liga ketika ini.

Ad

Buriram United sedang berada ditangga ke-2 liga namun mereka berkongsi 10 mata dengan pasukan pendahulu liga, Bangkok United setelah mengharungi 4 perlawanan liga.

Ad