Dion Cools Kental, Pimpin Gawang Buriram United Tak Dibolosi
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Aksi Liga 1 Thai hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Chiangrai United dan Buriram United.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chiangrai United menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengutip satu mata berharga.

Ad

Pertahanan kental kebangsaan, Dion Cools turun dalam kesebelasan utama pasukan apabila digandingkan bersama import dari Korea Selatan, Min Hyeok Kim. Beliau beraksi cemerlang mengawal kubu dari dibolosi.

Ad

Separuh masa pertama perlawanan tamat dengan keputusan 0-0. Kedua-dua pasukan buntu untuk memecah kebuntuan walaupun pasukan Buriram dilihat lebih banyak menguasai perlawanan.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Buriram terus menerus melancarkan serangan sementara Chiangrai United beberapa kali sempat melakukan serangan balas.

Ad

Walaupun percubaan tepat banyak dilakukan Buriram, pasukan gergasi Thailand itu tetap gagal menembusi gawang lawan. Ketangkasan penjaga gol Chiangrai, S Anuin juga menjadi penghalang kepada jaringan Buriram United.

Ad

Kekentalan kubu pertahanan Buriram juga ampuh apabila beberapa kali menghalang gerakan dan asakan yang diatur Chiangrai. Gandingan mantap kapten Thailand, Theerathon Bunmathan dan kapten Malaysia, Dion Cools memastikan kubu Buriram tidak dibolosi.

Ad

Aksi tamat, Chiangrai United 0-0 Buriram United.

Buriram United kini menghuni tangga ketiga dalam saingan liga selepas mengharungi tujuh perlawanan. Empat kemenangan, tiga seri dan tiada sebarang kekalahan dicatat anak buah Matasada Ishii dalam kempen musim ini.

Aksi seterusnya menyaksikan Buriram United bakal meneruskan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Melbourne City pada 25 Oktober 2023 sebelum kembali dalam kempen Liga Thai bertemu BG Pathum United pada Ahad, 29 Oktober 2023.