ACL
Buriram United
Advertisements

Bek tengah Malaysia, Dion Cools memastikan benteng Buriram United kebal apabila membantu mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Zhejiang FC dalam saingan ACL semalam.

Ini dapat dilihat berdasarkan penilaian Sofascore dalam perlawanan semalam. Biarpun beraksi sebagai bek kanan, Cools masih berupaya meraih penilaian 7.0.

Biarpun bukan beraksi di posisi biasa beliau, Cools masih mampu mengeluarkan bola sebanyak sembilan kali. Malah, bekas pemain pertahanan FC Midtjylland itu juga berjaya memenangi perebutan bola di udara sebanyak tiga kali.

Advertisements

Bersesuaian dengan posisinya di bek kanan, Cools juga turut membuat hantaran jauh dengan tiga daripada enam hantaran menemui sasaran. Malah, kadar hantaran tepat beliau memuaskan dengan kadar 70%.

Screenshot 66 Dion Cools 'Tapau' Cabaran China Kali Kedua
Rating semua pemain Buriram termasuk Cools semasa menentang Zhejiang. Sumber: Sofascore

Ramai percaya prestasi beliau ini diinspirasikan daripada kecemerlangannya mengemudi bahagian pertahanan Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan di China beberapa minggu lepas.

Untuk aksi menentang China misalnya, Sofascore memberi penilaian 7.5 kepada Cools sebagai bek tengah.

Advertisements

Bekas pemain Club Brugge itu berjaya menyekat pergerakan lawan sebanyak tiga kali, terjahan (tiga kali), mengeluarkan bola (tiga kali) dan menghalang percubaan lawan (dua kali).

Selain itu, Cools turut mempunyai ketepatan sebanyak 73% dari segi ketepatan hantaran. Malah, pemain-pemain China juga sukar mencabarnya dengan empat daripada lima pertarungan di udara dimenangi oleh beliau.

Justeru, tidak hairanlah aura persembahan di China memberi inspirasi kepada Cools untuk mengulangi persembahan sama dengan kelab Thai League 1 itu. Biarpun bolos sekali pada separuh masa pertama, itu langsung tidak menjejaskan fokusnya sebagai pemain pertahanan.

Advertisements

Bagi jurulatih sementara Buriram, Arthur Papas, kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan apabila mereka menentang Police Tero dalam aksi liga pada 25 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram