DNA ‘K-Pop’ Ditagih Kelab Liga Super ?
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kejayaan segera yang berjaya dijelmakan oleh pengendali pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menjadi penanda aras baharu dalam kancah bola sepak di Malaysia.

Malah, prestasi kurang memberangsangkan beberapa kelab Liga Super ketika ini juga telah memaksa pasukan untuk mencari alternatif lain bagi mengembalikan semula kemampuan sebenar kelab.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli, beliau merasakan tidak salah sekiranya pasukan di Liga Super cuba membawa pengendali dari Korea Selatan untuk membimbing pasukan.

Advertisements

“Saya sangat alu-alukan (kelab lantik jurulatih dari Korea Selatan).”

“Saya nampak kita harus berani berubah kalau mahu percepatkan lagi proses untuk pembentukan skuad kebangsaan yang lebih mantap.”

Beliau juga merupakan Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memerhati impak segera yang dibawa oleh jurulatih Korea Selatan mungkin boleh dijadikan indikator kepada pasukan lain di Liga Super.

Advertisements

Ini juga disebabkan kelab-kelab di Malaysia tidak mempunyai satu DNA yang sama sekaligus menyebabkan beliau melihat keputusan untuk mengetengahkan DNA ‘K-Pop’ sebagai satu tindakan yang wajar.

“Sepatutnya kita beri galakan, kita memang patut bergerak ke arah itu. Lainlah kalau kita sudah ada DNA kita sendiri, semua orang ikut DNA itu, tiada masalah.”

Malah, Pekan juga melihat kemampuan sebenar yang ditampilkan oleh skuad Harimau Malaya sejak diambil alih oleh pengendali berusia 51 tahun itu.

Advertisements

“Bila Pan Gon dekat atas, kita nampak keberkesanan corak permainan atau kaedah kejurulatihan yang dibawanya.”

“Jadi secara perlahan mungkin ada pasukan yang boleh bawa jurulatih dari Korea Selatan yang mungkin juga bayarannya tidak terlalu tinggi,” katanya.

Ini juga secara tidak langsung dapat memberi kelebihan kepada pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram