Dollah Salleh: Semangat Sri Pahang Di Piala Malaysia Berbeza
MakanBola
Sri Pahang FC

Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh menyifatkan semangat pasukan itu dalam saingan Unifi Piala Malaysia.

Ini kerana Dollah menyifatkan meskipun berdepan cabaran sukar dalam kejohanan itu, semangat Tok Gajah memacu pasukan itu mara ke pentas final.

Ad

“Kalau tengok Sri Pahang terumbang-ambing tetapi semangat itu yang membawa kita ke final. Itu yang saya nampak,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Saya sendiri cakap dengan Coach Fandi, semangat (dalam) Piala Malaysia berbeza dengan semangat (pasukan) dalam liga.

“Harap-harap bila kita sampai di situ, kita dapat kekalkan walaupun tanpa dua tonggak.”

Ad

Sri Pahang bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final tanpa kelibat dua tonggak iaitu Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo.

Ad

Kpah dan Hidalgo terpaksa melupakan aksi final pada 26 April ini kerana perlu menjalani penggantungan perlawanan.

Ad

Sri Pahang pernah bergelar juara Unifi Piala Malaysia sebanyak empat kali. Kali terakhir pasukan itu bergelar juara ialah tahun 2014.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments