Dominic Tan: Saya Ingin Kekal Di Thailand
Asia
dominictjj
Advertisements

Pemain pertahanan negara, Dominic Tan Jun Jin menyatakan hasratnya untuk kekal beraksi bersama pasukan Police Tero FC dalam saingan Thai League 1.

Beliau akan kekal disana selepas namanya tersenarai dalam ‘squad list’ pasukan Police Tero FC bagi mengharungi saingan musim 2021/2022.

Pemain berusia 24 tahun itu baru-baru ini mengulas berkaitan status dan masa depannya dalam bola sepak. Dom ditanya peminat di laman Instagram story miliknya berkaitan hajatnya untuk kembali bermain di Liga Malaysia.

Advertisements

Anak muda kacukan Malaysia/Singapore ini menegaskan bahawa dirinya akan terus fokus bermain di Thailand musim ini. Dominic akan terus mengutamakan misi pasukan untuk beraksi dengan cemerlang dalam saingan liga.

“Buat masa sekarang, saya mahu fokus untuk musim ini di Thailand.”

Walau bagaimanapun, Dominic turut menjelaskan bahawa beliau sentiasa terbuka untuk kembali bermain di Liga Malaysia pada masa akan datang.

Advertisements

Ini merupakan satu cabaran hebat buat Dominic untuk terus bersaing mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Setakat dua musim di Liga Thailand sebelum ini, Dominic dilihat serasi dengan rentak permainan disana.

Jika Dominic dapat mengekalkan prestasi terbaiknya ketika ini, beliau pasti akan dipanggil untuk bersama skuad kebangsaan dalam cabaran Piala Asia kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram