Dortmund Gerun Dengan JDT
MakanBola
Bvb09 / Officialjohor
Sponsors

Penjaga gol Borussia Dortmund, Alexander Meyer menganggap perlawanan persahabatan pasukannya bertemu Johor Darul Ta’zim kelak bakal menjadi perlawanan yang sengit. 

Beliau menjelaskan pasukan Harimau Selatan ini akan bertungkus lumus membuat persiapan untuk bangkit mendapatkan kemenangan menentang Dortmund.

Ad
Sponsors

Oleh kerana, pada tahun 2015 yang lalu JDT pernah ditewaskan dengan keputusan 6-1 oleh Dortmund dalam perlawanan persabahatan di Johor Bahru.

Ad

Walaupun mempunyai ramai peminat di Asia, beliau dan pasukan pasti juga akan memberikan sehabis baik untuk perlawanan tersebut.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sengit dan saya fikir mereka juga akan bermain sehabis baik untuk berdepan Borussia Dortmund.

Ad

“Namun, kami juga sedar Borussia Dortmund mempunyai ramai peminat di Asia. Justeru, kami akan bekerja keras dan menikmati perlawanan itu,” katanya di sidang media hari ini.

Ad

Pasukan JDT akan berdepan dengan kelab gergasi Jerman itu pada 28 November ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Ad