Dua Bekas Mesin Gol Bakal Kembali Ke Malaysia Dengan Tugas Berbeza
Asia Tenggara
KL City FC/KDA FC
Advertisements

Nama dua penyerang Chonburi FC dijangka dikenali peminat bola sepak Malaysia apabila mereka diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) nanti.

Dua penyerang yang dimaksudkan ialah duo Brazil, Herlison Caion dan Willian Lira. Meskipun Caion dan Lira kini beraksi di Thailand, bisa mereka sebagai peledak dalam Liga Malaysia (Liga M) masih diingati sehingga hari ini.

Caion mencuri tumpuan penyokong Selangor FC dengan meledakkan 24 gol dan mencipta tujuh bantuan gol dalam semua kejohanan untuk musim 2022 berdasarkan data Transfermarkt.

Advertisements

Selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh pengurusan Merah Kuning, beliau menyertai KL City FC pada 2023.

Bagaimanapun, beliau hanya merekodkan 16 penampilan dan satu gol sebelum berhijrah ke Hanoi FC pada pertengahan tahun lepas.

Sementara Lira pula tampil berbisa bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan lapan gol dalam 15 perlawanan pada musim 2023 mengikut data Transfermarkt.

Advertisements

Lira kemudiannya menerima tawaran Chonburi pada pertengahan tahun lepas. Sejak menyertai kelab itu, beliau telah meledakkan 13 gol daripada 26 penampilan bersama The Sharks.

Kelibat dua penyerang Brazil ini bakal ditagih jurulatih Chonburi, Withaya Laohakul apabila berdepan JDT pada 20 dan 22 Mac ini.

Dua aksi persahabatan ini diatur bagi membantu persiapan kedua-dua pasukan. JDT ketika ini sibuk dengan persiapan pra-musim liga yang bakal bermula pada Mei ini.

Advertisements

Manakala Chonburi pula berharap kem latihan mini di Johor dapat membantu mereka menjauhkan diri daripada kelompok penyingkiran Thai League 1 musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram