Ads
Dua Bekas Penyerang Liga Super Ikut Jejak Tan Cheng Hoe Di Thailand
Asia Tenggara
KDA FC / Selangor FC

Dua bekas penyerang berbisa Liga Malaysia iaitu Herlison Caion dan Willian Lira alami nasib serupa seperti jurulatih Police Tero FC yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Caion dan Lira merupakan penyerang untuk kelab Chonburi FC dan kelab tersebut disahkan tersingkir ke divisyen dua Thailand selepas menduduki tangga ke-14 liga.

Advertisements

Walaupun Lira menampilkan aksi terbaik bersama Chonburi dengan 15 jaringan dalam 30 perlawanan liga, namun ianya gagal membantu Chonburi daripada tersingkir ke Liga Divisyen 2.

Advertisements
Advertisements

Penyingkiran Chonburi ini sekali gus menyaksikan Caion mengikut jejak bekas jurulatihnya di Selangor iaitu Tan Cheng Hoe yang turut gagal menyelamatkan Police Tero daripada kekal di divisyen tertinggi Thailand ini selepas menduduki tangga kedua tercorot liga.

Ini merupakan kali pertama Chonburi tersingkir ke divisyen dua Thailand sejak kali pertama dipromosikan ke Liga 1 Thailand pada tahun 2016.

Advertisements
Advertisements

Masa depan Caion dan Lira bersama Chonburi masih menjadi tanda tanya peminat Chonburi memandangkan kedua-duanya akan tamat kontrak pada penghujung bulan Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram