Dua Bekas Penyerang Malaysia Rungkai Kualiti Sebenar Ronnie Fernandez
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Bekas penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha menyifatkan Ronnie Fernandez memiliki ciri seorang penyerang yang bagus terutama dari segi fizikal.

Sejak menyertai Selangor FC pada awal musim 2024/25, penyerang berusia 33 tahun itu membantu pasukan itu merekodkan empat perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ad

Ini termasuklah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

Ad

Norshahrul yang mesra disapa Matyo melihat dengan kelebihan fizikal yang dimiliki Fernandez, ini bukan saja menyebabkan beliau mampu mengatasi cabaran pemain pertahanan.

Malah, ini membolehkan Selangor yang dibimbing Nidzam Jamil untuk mengubah taktik mengikut kesesuaian situasi perlawanan.

Ad

“Ronnie (Fernandez) seorang penyerang yang fizikal. Lepas itu, cabaran (dan) peratusan tandukan dia itu agak baik. Selalunya, penyerang kalau jumpa pertahanan macam James (Okwuosa) yang mempunyai fizikal yang tinggi dan badan yang besar, susahlah penyerang tempatan nak cabar macam saya (dan) Safee (Sali).

Ad

“Tapi Ronnie ini pada saya hampir sama (dari segi fizikal). Jadi pada Selangor, sedikit keuntungan kerana boleh (buat) hantaran bola jauh kalau ada tekanan dari belakang untuk peledak utama sepertinya,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Kuching City FC-Selangor di Astro Arena.

Ad

Pandangan Norshahrul turut dipersetujui seorang lagi bekas penyerang negara, Safee Sali. Safee melihat selain kelebihan fizikal, Fernandez turut memiliki naluri seorang peledak dan sentiasa meletakkan dirinya di tempat yang tepat untuk menjaringkan gol.

“Selangor boleh mengharapkan sesuatu daripada Ronnie (Fernandez). Dia bukannya penyerang tipikal yang merbahaya tetapi penyerang yang ada naluri (berada) pada masa sesuai (dan) di tempat sesuai (untuk menjaringkan gol),” katanya.

Fernandez menyumbat gol ketiganya untuk musim 2024/25 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 menentang The Cats pada 29 Jun lalu. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2-1 buat Merah Kuning.

Selangor berharap dapat bangkit untuk aksi suku akhir kedua yang bakal berlangsung pada 6 Julai ini di Stadium MBPJ.