Dua Info Bergson Yang Ramai Tidak Tahu
MakanBola
IG bergsonberg
Sponsors

Tidak perlu dinafikan lagi, ketajaman penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva sudah tentu sentiasa akan menjadi masalah buat benteng pertahanan lawan.

Namun ada beberapa info menarik yang pastinya ramai lagi tidak tahu mengenai sejarah dan karier penyerang kelahiran Brazil ini.

Ad

Pernah Jadi Penjaring Terbanyak Di Liga Brazil

Ad

Pada tahun 2016, Bergson pernah menggegar Brazil apabila menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Brazil. Walaupun hanya liga divisyen dua, namun beliau berjaya meledak 16 gol dalam 28 penampilan bersama Paysandu Sport Club.

Selepas cemerlang bersama Paysandu, Bergson dipancing oleh pasukan Liga Serie A Brazil, Atletico Paranaense. Namun kecemerlangan Bergson tidak dapat diteruskan bersama kelab barunya itu apabila hanya meledak 3 gol dalam 22 penampilan.

Ad

Tidak Menjadi Di Korea Selatan

Ad

Walaupun cemerlang bersama JDT sejak dua musim kebelakangan ini, namun karier Bergson di Korea Selatan agak menghampakan. Bergson pernah dua kali berhijrah ke Korea dengan dua kelab yang berbeza.

Ad

Pada musim 2011, Bergson beraksi bersama Suwon Bluewings di Liga K1 Korea. Beliau hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan bersama kelab tersebut. Bergson berhijrah semula ke Brazil untuk menyertai Vila Nova selepas itu.

Bergson sekali lagi berhijrah ke Korea Selatan pada 2015 untuk menyertai pasukan Busan IPark yang beraksi di Liga K1 Korea. Beliau hanya sempat beraksi dalam lapan perlawanan dengan tiada jaringan yang dapat dihasilkan.

Penutup

Kehadiran Bergson di Liga Malaysia akan terus mewaranai musim 2023 ini dan dijangka Bergson akan terus meledak gol-gol hebat bersama JDT. Gandingan trio Amerika Selatan bersama Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo akan menjadi sandaran utama JDT musim ini.