Dua pasukan Pantai Timur difahamkan mahukan khidmat Norshamil Abd Ghani bagi jendela perpindahan kedua.
Menerusi perkongsian oleh Astro Arena, penyerang kelahiran Melaka itu ditagih oleh beberapa pasukan namun Sri Pahang difahamkan mendahului saingn untuk mendapatkan pemain ini.
Hasrat tersebut bagaimanapun mungkin terpaksa dilupakan selepas pihak pengurusan Kelantan difahamkan masih mahu pemain ini kekal.
Beliau menjadi watak penting buat pasukan bimbingan Rezal Zambery Yahya ketika beraksi di Liga Premier apabila membantu The Red Warrior naik ke Liga Super.
Nasib seakan tidak memihak kepadanya apabila mengalami kecederaan dan sering disisihkan oleh barisan kejurulatihan Kelantan yang sering bertukar ganti.
Sungguhpun ada beberapa minat yang ditunjukkan oleh pasukan Liga Super lain untuk mendapatkan pemain ini, beliau dijangka akan kekal berbaki di bumi Kelantan.
Ketika ini, pasukan Liga Super rancak melaksanakan percaturan dengan beberapa pemain sudah pun berhijrah membawa haluan baharu.