Dua Kelab Manchester Berebut Kaoru Mitoma
Transfer
Brighton & Hove Albion
Advertisements

Menjelang tetingkap perpindahan Januari tahun hadapan, pemain sayap Jepun, Kaoru Mitoma menjadi sasaran dua kelab Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.

Portal Fichajes melaporkan pemain sayap berusia 26 tahun itu diintai dua kelab berkenaan bagi memperkasa jentera serangan mereka.

United melihat Mitoma sebagai pemain sokongan untuk Marcus Rashford di bahagian sayap kiri. Pemain sayap Jepun itu mampu memberi ancaman di posisi berkenaan dan boleh saja bersaing dengan Rashford dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Selain itu, Mitoma dilihat boleh membantu pemain-pemain muda di bahagian sayap seperti Facundo Pellistri, Amad Diallo dan Alejandro Garnacho menjadi pemain yang lebih berkualiti.

Dari satu segi, City dilihat mampu menarik pemain sayap Jepun itu ke Stadium Etihad. Bagaimanapun, buat masa ini, kelab berkenaan sudah memiliki ramai pemain sayap berkaliber.

Selain itu, City juga berpuas hati dengan impak yang ditunjukkan Jeremy Doku sejak berpindah ke Etihad dari Stade Rennes dalam tetingkap perpindahan musim panas lepas.

Advertisements

Yang pasti, kedua-dua kelab berkenaan perlu bersedia membayar yuran perpindahan yang tinggi jika mahukan Mitoma menyertai mereka.

Biarpun pemain sayap Jepun itu baru saja memeterai kontrak baru, itu bukan halangan buat dirinya untuk meninggalkan Brighton sekiranya kelab menerima tawaran munasabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram