Dua Pemain Indonesia Buat ‘Hal’, Shin Tae-yong Berang
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong naik berang selepas dua pemain muda Indonesia dikesan tidak menjaga pemakanan ketika berada di dalam kem kebangsaan.

Kedua-dua pemain itu telah pun ditegur Tae-yong selepas dikesan telah makan mi segera di bilik hotel penginapan mereka di Turki.

Melalui satu hantaran di Makanbola Indonesia, pembantu jurulatih, Nova Arianto mengesahkan bahawa teguran telah dilakukan dan berharap para pemain tidak hilang fokus gara-gara tidak menjaga pemakanan.

Advertisements

“Pemain yang terlibat sudah diberikan teguran (oleh Shin Tae-yong). Kita sudah bekerja keras (untuk ke Piala Asia). Jangan hilang gara-gara keadaan pemain tidak baik akibat daripada makanan,” tegas Nova Arianto.

Indonesia dijadualkan menentang Libya dalam dua aksi ujian pada 2 dan 5 Januari 2024 sebelum menentang Iran pada 9 Januari 2024.

Ketiga-tiga aksi ujian itu merupakan persediaan khusus buat Indonesia sebelum menghadapi ujian getir di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan.

Advertisements

Untuk kempen Piala Asia 2023, Indonesia diletakkan bersama-sama tiga lagi pasukan yang lebih tinggi kedudukan ranking mereka iaitu Jepun, Iraq dan juga Vietnam.

Shin Tae-yong juga berharap Indonesia mampu cipta kejutan dengan mara ke peringkat 16 terakhir walaupun digelar pasukan underdog.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram