Perkembangan Liga 1 Indonesia menyaksikan dua orang pemain menerima hukuman berat daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Aksi liga yang memasuki perlawanan kelima musim ini menyaksikan terdapat beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku.
Hal ini segera mendapat perhatian PSSI dan jawatankuasanya yang memutuskan untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada pemain yang melakukan kesalahan.
Menerusi satu kenyataan rasmi oleh PSSI, dua orang pemain berdepan hukuman penggantungan iaitu dua orang pemain PSIS Semarang.
Pemain pertama ialah Boubakary Diara iaitu perancang tengah PSIS Semarang. Beliau dikatakan telah melakukan serious foul play namun terlepas hukuman semasa perlawanan berlangsung.
Pemain berusia 29 tahun ini digantung satu perlawanan dan denda sebesar 10 juta Rupiah.
Carlos Fortes pula menjadi ‘mangsa’ kedua PSSI. Beliau yang juga mewakili PSIS Semarang telah dilayangkan kad merah berdepan PSS Sleman.
Penyerang kelahiran Portugal ini dilayangkan kad merah kerana menendang pemain lawan pada perlawanan tersebut.
Beliau digantung sebanyak 2 perlawanan dan didenda 10 juta Rupiah.
Kedua-dua pemain ini akan terlepas untuk memperkuat pasukan berdepan FC Borneo bagi aksi berikutnya.