Dua Pemain Malaysia Dilaporkan Tidak Sertai ASEAN All-Stars
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Seramai dua orang pemain Malaysia difahamkan membuat keputusan tidak sertai pasukan ASEAN All-Stars bagi aksi menentang Manchester United.

Sebelum ini, 3 orang tonggak kebangsaan iaitu Haziq Nadzli, Sergio Aguero serta Dominic Tan dilaporkan terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyarung jersi ASEAN All-Stars pada Mei ini.

Ad

Ketiga-tiga pemain ini dan beberapa lagi bintang pilihan dari rantau Asia Tenggara akan bermain bersama di dalam satu pasukan untuk turun menentang kelab gergasi dari England, Manchester United.

Ad

Walau bagaimanapun, khabar terkini diterima oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam bahawa dua tonggak negara dilaporkan tidak dapat menyertai pasukan ASEAN All-Stars ini.

Tempat dua orang pemain itu bagaimanapun bakal diisi oleh pengganti yang berkemungkinan besar merupakan tonggak kacukan dan juga bintang yang beraksi di posisi pertahanan.

Ad

”Dua daripada 3 pemain difahamkan tidak dapat sertai skuad ASEAN All-Stars, namun bakal digantikan pemain lain,” lapor Zulhelmi Zainal Azam di laman X.

Ad

“Calon terbaru pertahanan dan salah seorang ialah pemain kacukan,” tambah beliau.

Ad

Selain Malaysia, kem Thailand turut berdepan dilema sama apabila pertahanan, Nikolas Mickelson juga bakal terlepas aksi menarik ini gara-gara tidak mendapat persetujuan pihak kelab.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments