Advertisements
Dua Pemain Tunjang Malaysia Kekal Di Selangor
Liga Super
MakanBola
Azri / MakanBola

Selangor mengekalkan khidmat dua pemain yang merupakan tunjang pasukan kebangsaan Malaysia ketika ini.

Penjaga gol muda, Sikh Izhan serta pemain pertahanan, Khuzaimi Piee sah melanjutkan kontrak bersama pasukan Gergasi Merah untuk saingan liga Malaysia musim 2024.

Kedua-dua pemain tersebut merupakan pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan di Piala Asia 2023 pada awal Januari lalu.

Walaupun kedua-dua ini tidak diturunkan dalam kejohanan Piala Asia, Sikh Izhan dan Khuzaimi Piee merupakan antara pemain kegemaran Kim Pan-gon untuk skuad kebangsaan tahun lalu.

Sikh Izhan sebelum ini dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC dan merekodkan 25 penampilan liga dimana beliau dibolosi sebanyak 42 kali dan meraih cleansheet sebanyak 4 kali.

Sikh Izhan diturunkan selaku penjaga gol Harimau Malaya pada tahun lalu sewaktu Malaysia menang besar ke atas Papue New Guinea dengan jaringan 10-0.

Biarpun dilanda kecederaan pada musim lalu dan hanya melakukan 11 penampilan liga, Khuzaimi Piee bangkit untuk terus bersama Selangor pada musim ini.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu menyertai Selangor pada awal tahun 2023 setelah mempamerkan aksi cemerlang buat Negeri Sembilan dan juga skuad kebangsaan Malaysia.

Selangor kini dalam misi memperkemaskan jentera utama pasukan bagi musim 2024 setelah pasukan itu akan bertanding di pentas Asia dalam kejohanan Liga Juara-Juara 2 AFC.