Dua Penalti Elak Bojan Hodak & Persib Dimalukan PSIS Semarang
Asia Tenggara
MakanBola
Persib Bandung
Advertisements

Persib Bandung berjaya mencatat kemenangan tipis dalam aksi Liga 1 Indonesia berdepan PSIS Semarang pada semalam.

Dua jaringan ketua pasukan Persib Bandung, Marc Klok memastikan tiga mata berjaya diraih Persib di laman lawan.

Advertisements

Anak buah kendalian Bojan Hodak memecah kebuntuan pada minit ke-24 menerusi sepakan penalti. Pemain tengah Persib, Marc Klok mudah merembat masuk bola ke gawang.

Memasuki babak kedua perlawanan, PSIS Semarang berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain import, Paulo Gali. Rembatan dari luar kotak penalti Paula gagal diselamatkan penjaga gol Persib, F. D Rustapa.

Advertisements

Serangan demi serangan terus diatur pasukan pelawat selepas jaringan pasukan tuan rumah. Sebelum wisel penamat dibunyikan, pengadil sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti buat Persib Bandung.

Pada minit ke-92 permainan, ketenangan Marc Klok menyempurnakan sepakan penalti menjulang kejayaan anak buah Bojan Hodak. Persib Bandung atasi PSIS Semarang dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Pengendali Persib Bandung menganggap perlawanan malam semalam merupakan satu perlawanan yang sukar. Beliau akui masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki pasukan menjelang aksi seterusnya berdepan pasukan Rans Nusantara pada Sabtu kelak.

“Kami akan tetap belajar dan terus berlatih. Kami akan cuba perbaiki kelemahan khususnya di bahagian penyudah,” ujar Bojan Hodak.

Advertisements

News Comments Account