Dua Pengadil Malaysia Cemerlang Adili Final Piala Asia U20
MakanBola
AFC Asian Cup
Sponsors

Adalah menjadi satu kebanggaan buat negara apabila pengadil, Nazmi Nasaruddin terpilih menjadi pengadil pada aksi final Piala Asia B-20 yang menemukan Iraq dan Uzbekistan. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Uzbekistan selepas menumpaskan Iraq 1-0.

Selain Nazmi, seorang lagi pengadil dari Malaysia iaitu Zairul Khalil Tan juga turut terpilh menjadi penjaga garisan. Turut terlibat dalam perlawanan akhir itu adalah dua pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Ahmed Alrashdi (penjaga garisan) dan Yahya Almulla (pengadil keempat).

Ad

Pada aksi tersebut, Nazmi menjalankan tugas dengan sangat cemerlang dan tenang dalam mengadili perlawanan. Beliau hanya melayangkan satu kad kuning kepada Uzbekistan dan satu kad kuning kepada Iraq. Tiada kad merah dilayangkan dalam perlawanan berintensiti tinggi itu.

Ad

Selepas tamat perlawanan, Nazmi, Zairul dan dua lagi pengadil menerima medal penghargaan di atas khidmat cemerlang mereka dalam mengadili perlawanan akhir itu. Nazmi dan Khalil bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia.

Untuk rekod, khidmat Nazmi bukan sahaja ditagih di Malaysia namun pernah dipanggil mengadili beberapa perlawanan penting di pentas Asia seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Ad