Advertisements
Dua Posisi Utama Jadi Buruan Nooa Laine
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine berkongsikan keinginan untuk beraksi diposisi tertentu untuk membuktikan kemampuan dirinya.

Advertisement

Nooa Laine yang meraih kepercayaan Kim Pan-gon untuk membarisi jentera tengah negara bagi aksi menentang Oman kelak mahu memberikan yang terbaik dalam membantu Malaysia meraih kemenangan.

Nooa Laine akan bersama-sama pemain seperti Syamer Kutty Abba, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, Endrick serta Brendan Gan untuk memperkuatkan posisi tengah Malaysia kelak.

Advertisement

Pemain berusia 22 tahun itu juga mengakui bukan mudah untuk merebut kesebelasan utama Harimau Malaya memandangkan terdapat lebih ramai pemain senior dibahagian tengah pasukan.

“Ya ada pemain yang lebih berpengalaman dari saya dalam skuad kebangsaan dan saya juga akan berikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan.”

Advertisement

“Saya rasa kita mempunyai peluang walaupun Oman adalah pasukan yang bagus. Sudah tentu apabila anda bermain digelanggang sendiri anda ingin menang dan kita harus mencuba peluang itu.”

Advertisement

“Saya rasa posisi no. 6 atau no. 8 namun saya tidak terlalu memikirkannya. Semua pemain sangat bagus dan anda harus berjuang untuk meraih posisi tersebut.” ujar Nooa Laine.

Pemain berusia 22 tahun itu baru menyertai Selangor secara pinjaman pada musim ini dari kelab Finland, Seinäjoen Jalkapallokerho.

Advertisement