Dua Tugas Besar Menanti Javier Ribera Bersama Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dua tugas besar menanti ketua jurulatih Malaysia B-17, Javier Ribera yang bakal membantu negara kembali ke landasan terbaik.

Pengarah Akademi JDT itu diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan peranan Osmera Omaro yang membimbing pasukan sebelum ini.

Prestasi skuad Malaysia B-17 dilihat masih tidak memcapai tahap yang diharapkan susulan aksi hambar dalam kempen Piala Asia tahun lalu.

Advertisements

Pasukan muda negara tumpas 4-0 di tangan Yaman sebelum tunduk kepada pasukan serantau, Thailand 3-0 sekaligus memadam harapan ke Piala Dunia.

Malaysia bagaimanapun mahu memadam kedukaan lalu apabila melantik jurulatih berprofil tinggi seperti Javier Ribera.

Advertisements

Pengendali berusia 36 tahun pernah membimbing JDT III muncul juara Piala Presiden edisi 2022.

Selain JDT, beliau juga pernah menggalas peranan sebagai jurulatih pasukan Incheon United B-18 di Korea Selatan dan jurulatih remaja kelab La Liga, Valencia mengikut data Transfermarkt.

Advertisements

Ribera juga terus melakukan tugasan pertamanya dengan memanggil 32 orang pemain Malaysia B-17 untuk menjalani sesi latihan pusat selama lima hari bermula hari ini (3 Mei) sehingga 7 Mei di Pasir Gudang, Johor.

“Skuad Harimau Malaya B-17 kendalian Javier Jorda Ribera telah memulakan kem latihan pusat selama lima hari di Pasir Gudang, Johor, hari ini sehingga Selasa, 7 Mei 2024.

Advertisements

Beliau juga bakal memikul dua tugas besar terutamanya bagi kempen Kelayakan Piala Asia B-17.

“Javier yang juga Pengarah Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah dipilih untuk membimbing skuad ini ke Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Jakarta, Indonesia, 17 hingga 29 Jun 2024 dan Kelayakan Piala Asia B-17 2025, 19 hingga 29 Oktober 2024.

“Seramai 32 pemain telah dipanggil ke kem latihan pusat kali ini bagi sesi pemilihan dan persiapan menjelang kedua-dua tugasan tersebut,” kata FAM dalam satu kenyataan.

FAM turut menzahirkan penghargaan kepada pengurusan Harimau Selatan kerana menyediakan kemudahan terbaik untuk pasukan itu sepanjang menjalani latihan pusat di Johor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram