Dua Ubi Muda Malaysia Sah Akan ke Luxembourg
Dunia
Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari
Advertisements

Selepas menjalani percubaan di beberapa kelab eropah pada bulan Jun lalu, dua pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Haykal Danish dan Roshisham Haikal berjaya memikat hati panel kejurulatihan kelab yang kini berada di tangga ketujuh Liga Luxembourg.

Kedua-dua pemain yang juga pemain bawah 19 tahun negara itu dijangka akan menandatangani kontrak bersama kelab Racing FC Union.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata kelab itu menyatakan minat untuk menandatangani dua pemain muda negara itu selepas kedua-dua pemain itu menyerlah dalam sesi percubaan pada Jun lalu.

Advertisements

“Mereka bersama seorang lagi pemain AMD, Muhammad Abu Khalil menjalani sesi percubaan dengan kelab divisyen dua Perancis, FC Annecy dan Racing FC. Kelab itu menyatakan minat kepada AMD baru-baru ini untuk menandatangani Haykal dan Rohisham.

“Mereka akan menjadi pemain AMD kedua dan ketiga beraksi di Eropah selepas Luqman yang berada di Belgium. Kedua-dua pemain itu kini berlatih bersama pasukan kebangsaan bagi membuat persiapan menghadapi Kejohanan AFC Bawah 19 Tahun,” katanya kepada BH Sukan selepas melawat AMD di Gambang di sini hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram