Asia Tenggara
ASEAN Football
Advertisements

Dua bintang muda yang berpangkalan di luar negara bakal memperkuat cabaran Indonesia dalam Piala Dunia U17 yang bakal berlangsung pada 10 November ini.

Advertisements

Dua bintang tersebut ialah penyerang Hoffenheim, Amar Rayhan Brkic dan bek kanan remaja Sao Paulo, Welber Jardim.

Selain mereka, pengendali skuad B-17 Indonesia, Bima Sakti turut mengekalkan beberapa nama yang beraksi untuk skuad B-16 Indonesia sebelum ini.

Advertisements

Antara nama yang dikekalkan ialah M Iqbal Gwijangge, Rizdjar Nurviat Subagia, Achmad Zidan Ar Rosyid, Muhammad Kafiatur Rizky, Sulthan Zaky Pramana, Arkhan Kaka Putra Purwanto dan Muhammad Nabil Asyura.

Di samping itu, Bima turut memanggil pemain berdarah Korea-Indonesia, Ji Da-bin untuk memperkuat barisan anak buahnya.

Advertisements

Ketua Umum PSSI, Erick Thohir menyifatkan skuad kali ini sebagai satu pasukan yang mantap dan berharap mempamerkan prestasi bagus di hadapan penyokong sendiri.

“Mereka merupakan pemain terbaik di posisinya, dan telah disesuaikan dengan calon-calon lawan di babak penyisihan.

“Pelatnas lima minggu di Jerman dan tujuh laga uji coba, saya yakin menambah nyali mereka bermain maksimal di kandang,” katanya seperti dipetik Antara dan dilaporkan CNN Indonesia.

Indonesia bakal memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang Ecuador pada 10 November ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram