Advertisements
Dugaan Berat Iringi Palestin Mara Ke Pusingan 16 Terakhir Piala Asia
Asia
MakanBola
AFC Asian Cup

Palestin berjaya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 Qatar selepas menewaskan Hong Kong 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa semalam.

Advertisement

Kemaraan Palestin ke pusingan kalah mati itu walau bagaimanapun disulami dengan dugaan berat. Penyerang Palestin, Tamer Seyam berkata para pemain yang hadir ke Qatar telah berkorban segala-galanya.

Sehingga kini, para pemain tidak tahu apa yang telah terjadi kepada ahli keluarga mereka yang kini berada di Palestin. Pergolakan Palestin dan negara haram Israel berterusan sehingga kini namun Tamer percaya kemenangan pasti akan menjadi milik Palestin.

Advertisement

“Berkenaan kemenangan yang indah ini, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, rahmat dan keampunan buat para syuhada Insya Allah. Insya Allah, perang ini akan berakhir dengan baik. Insya Allah, penderitaan yang dialami penduduk Gaza akan berakhir. Insya Allah, (kemenangan) perang akan memihak kepada Palestin.

“Sudah tentu ada perasaan bercampur-campur termasuk gembira (layak ke pusingan seterusnya). Sudah tentu kita tidak rasa sedih atau tidak tahu tentang tekanan yang dimaksudkan. (Dugaan) yang menimpa pemain amat teruk.

Advertisement

“Pemain-pemain tidak tahu nasib yang menimpa keluarga mereka. Pemain-pemain perlu mengharungi tiga perlawanan dalam satu minggu tanpa keluarga di sisi. Tapi alhamdulillah, kami dapat mengatasi dugaan berkenaan,” luah Tamer seperti dipetik dari Alkass TV Sports.

Advertisement

Dalam pada itu, Tamer mengucapkan penghargaan buat Kerajaan Qatar yang membenarkan kehadiran mereka di Piala Asia dan ucapan penghargaan turut ditujukan kepada semua pihak yang menyokong perjuangan Palestin.

Pada aksi menentang Hong Kong semalam, dua jaringan Oday Dabagh dan satu lagi jaringan oleh Zaid Qunbar membantu mengesahkan kemaraan Palestin ke peringkat kalah mati sekali gus menyingkirkan Hong Kong.

Advertisement