Dugaan Berganda Menimpa Azam Azmi
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dugaan berganda menimpa pertahanan muda negara, Azam Azmi Murad selepas mengalami kecederaan ketika membantu Malaysai tempoh hari.

Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ngeri ketika membantu Harimau Malaya berdepan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tempoh hari.

Beliau terpaksa diusung keluar ketika perlawanan baru memasuki minit ke-25 dan digantikan dengan rakan sepasukan iaitu Daniel Ting.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh pengguna laman sosial Zakir Razak, beliau bertemu dengan Azam yang kini terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

Pemain kelahiran Penang ini juga ditemui sudah pun menggunakan tongkat ketika tamat aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di SNBJ.

Advertisements

Sebelum ini, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon mengesahkan Azam mengalami kecederaan yang serius.

Nama beliau juga disisihkan oleh ketua jurulatih b-23 negara, Juan Torres Garrido yang membuat keputusan untuk tidak membawa Azam ke Qatar bagi aksi Piala Asia B-23.

Advertisements

Azam antara 4 pemain yang terlepas tiket ke Piala Asia bersama rakan sepasukan, Rahadiazli, Ruventhiran dan juga Richard Chin.

Video: Azam Azmi Bertongkat

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram