“Dulu Selangor Kalahkan Johor 6-1, Tapi Sekarang…”
Dunia
johor southern tigers
Advertisements

Kejatuhan prestasi pasukan Selangor FC dalam kancah Liga Malaysia sentiasa menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air. Manakan tidak pasukan Selangor merupakan pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan.

Bekas pemain import pasukan Selangor, Ristomoyo Kassim jelas sekali terkilan dengan apa yang berlaku kepada skuad yang digelar Gergasi Merah ini. Ketidaktentuan prestasi jelas membelenggu pasukan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ristimoyo beranggapan kekurangan pemain yang berdaya saing merupakan faktor utama kejatuhan prestasi pasukan Selangor.

Advertisements

“Dari segi pelatih (jurulatih) saya tak payah sebut sebab kadang-kadang individu tempatan atau luar negara tak jadi masalah, saya lebih tekankan dari aspek pemain, (Selangor FC) kurang pemain yang berkemampuan.

“Kalau sudah materi (kualiti) pemain kurang bagus memang susah nak bersaing dengan pasukan lain seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan lain-lain…dulu kita kalahkan Johor sampai 6-1 tapi sekarang sudah bertukar, JDT pula bantai Selangor,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ristomoyo yang membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia 1986 berkata Selangor FC kini sudah tidak dibarisi oleh pemain-pemain terbaik sambil melihat pasukan itu semakin tidak bermaya apabila pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani ramai pemain Selangor.

Advertisements

“Kalau zaman saya berbeza, memang pasukan Selangor di dalamnya sudah ada pemain terbaik Malaysia seperti arwah Datuk Mohd Mokhtar Dahari, mendiang Datuk R. Arumugam dan Zainal Abidin Hassan. Saya memang beruntung dan itu bezanya dulu dan sekarang.

“Sebelum ini pada zaman Bambang, Elie dan Andik bersama Selangor pasukan masih bagus tetapi apabila pada zaman Evan Dimas Darmono dan dengan JDT sudah banyak ambil pemain Selangor, jadi kelihatan pasukan macam sudah tak bermaya,” katanya kepada Bernama.

Selangor terus bergelut mencapai keputusan terbaik musim ini apabila mencatat tiga kemenangan, tiga seri dan tewas dua kali setakat ini sekali gus berada di kedudukan keenam Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram