Duo Berbisa Barcelona Kembali Bersatu di Al-Hilal
Asia
@lancenet
Advertisements

Perpindahan penyerang berbisa Brazil, Neymar ke Al-Hilal menyaksikan beliau kembali bersatu dengan rakan lama yang pernah beraksi untuk Barcelona, Malcom.

Kedua-duanya saling mengenali kerana pernah beraksi dalam saingan Ligue 1 pada musim 2017-2018. Pada ketika itu, Malcom beraksi untuk Bordeaux dengan Neymar pula baru saja melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain dari Barcelona.

Malah, kedua-duanya juga sempat bergambar bersama selepas tamat perlawanan PSG-Bordeaux – satu perkara yang menimbulkan kemarahan pengurusnya seperti dilaporkan The Independent beberapa tahun lepas.

Advertisements

Tidak mustahil disebabkan pengalaman positifnya di Nou Camp, Neymar turut menyakinkan Malcom untuk menolak tawaran AS Roma dan berpindah ke Barcelona pada 2018.

Kini, duo bekas penyerang Barca itu bakal membentuk gandingan serangan berbisa bukan saja mewarnai saingan Saudi Pro League bersama Al-Hilal. Malah, gandingan Neymar-Malcom diharap dapat membantu mereka menjulang Liga Juara-Juara AFC musim 2023-2024.

Bagaimanapun, Al-Hilal masih belum menyelesaikan urusan perpindahan mereka. Duo Samba ini bakal disertai oleh penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic berdasarkan laporan terbaru wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Advertisements

Selain Mitrovic, Romano turut mendedahkan The Blue Waves juga sedang memuktamadkan perpindahan penjaga gol Maghribi dan Sevilla, Yacine Bounou.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram