Durian Blackthorn Jadi ‘Tonik’ Kim Pan-gon Sembur Semangat 10 Gol
MakanBola
FA Malaysia / Zezaliy Salleh
Sponsors

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon sempat menikmati beberapa ulas Durian jenis Blackthorn di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjelang pertembungan antara Malaysia bertemu Papua New Guinea pada kelmarin.

Malaysia berjaya mencatat kemenangan bergaya, menewaskan Papua New Guinea dengan keputusan 10-0. Empat jaringan Arif Aiman, tiga daripada Paulo Josue, satu daripada Faisal Halim, Daniel Ting dan Safawi Rasid memastikan malam gemilang diraih Harimau Malaya di bumi Terengganu.

Ad
Sponsors

Dalam satu video yang dimuat naik Zezaliy Salleh di platform Tiktok, rakaman tersebut memaparkan Pan-gon dan barisan kejurulatihannya yang lain mencuba beberapa ulas durian jenis Blackthorn.

Ad

Zezaliy menjelaskan bahawa durian itu dihidangkan selepas sesi latihan terakhir Harimau Malaya sebelum menentang Papua New Guinea. Durian Blackthorn itu dikatakan jenis durian paling mahal yang dijual di Malaysia.

Pengendali dari Korea Selatan itu dilihat begitu teruja ketika mencuba “raja buah” Malaysia tersebut. Video yang dimuat naik Zezaliy itu tular dan mencecah hingga 300 ribu tontonan di Tiktok.

Ad