E. Elavarasan Dikhabarkan Bakal Dibantu Jurulatih Dari Korea Selatan Kemudi B-23
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, E Elavarasan dikatakan menjadi calon panas bagi mengisi kekosongan sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara.

Skuad Harimau Muda bakal menerima pengendali baru dalam masa terdekat setelah bekas ketua jurulatih dari Australia, Brad Maloney mencapai kata sepakat bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk meninggalkan posisi tersebut bulan lepas. 

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan terkemuka Zulhelmi Zainal Azam di ‘Live’ akaun Tiktok miliknya, E Elavarasan dikatakan akan mengambil alih tugas mengemudi skuad B-23 negara. Tambahnya lagi, seorang jurulatih dari Korea Selatan pilihan Kim Pan-gon bakal membantu Elavarasan sebagai penolong ketua jurulatih B-23.

Advertisements

Dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, nama ketua jurulatih B-23 yang baru sudah ada dan hanya menunggu waktu untuk diumumkan. 

“Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan, prosedur untuk jurulatih itu dibawa masuk. Tunggu sahaja, tak lama lagi,” kata Saifuddin ketika majlis pengumuman kerjasama Kia Malaysia dan Harimau Malaya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram