Ads
Ebenezer Assifuah: Saya Ikut Arahan Nafuzi Zain
Liga Super
Kedah Darul Aman FC

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ebenezer Assifuah mengakui beliau mengikut arahan jurulatih, Nafuzi Zain dalam setiap perlawanan.

Advertisements

Penyerang Ghana itu muncul wira apabila meledakkan gol kemenangan pada minit ke-77 buat Sang Kenari ke atas Penang FC dalam aksi minggu keempat Liga Super.

Advertisements

Gol tersebut bukan saja memastikan Kedah akhirnya berjaya mengutip tiga mata untuk musim 2024/25. Malah, ini membantu pasukan itu mendaki ke kedudukan ke-10 liga.

Advertisements
Advertisements

Sebelum ini, Assifuah turut meledakkan dua gol untuk membantu Kedah membelasah Bukit Tambun FC 5-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala FA 2024.

Penyerang Ghana itu memaklumkan dengan kedudukan Nafuzi sebagai jurulatih, beliau hanya mengikut saja perancangan beliau. Ini kerana bekas jurulatih Terengganu FC itu lebih arif dengan apa yang diperlukan semasa perlawanan.

Advertisements

“Nafuzi di sini sebagai ketua (jurulatih) pasukan, jadi saya ikut arahan beliau. Jika beliau mahukan saya beraksi dalam kesebelasan utama, saya akan berada dalam kesebelasan utama.

“Jika beliau mahukan saya bermula dari bangku simpanan, saya tiada masalah. Sebab beliau jurulatih dan beliau yang memberi arahan. Dan saya sentiasa mengikut arahannya,” katanya dalam temubual selepas perlawanan dengan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisements

Kedah kini fokus untuk aksi suku akhir Piala FA 2024 menentang lawan sama di Stadium Bandaraya pada 28 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram