Eddy Israfilov Menyinar, Reaksi Jasir Asani Curi Tumpuan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov beraksi cemerlang namun reaksi tonggak Gwangju, Jasir Asani mencuri tumpuan.

Pemain berusia 32 tahun terus menjadi sandaran utama ketua jurulatih, Hector Bidoglio apabila kerap beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Ad

Beliau membantu JDT untuk melakar kemenangan ke atas Selangor pada aksi ke-14 Liga Super dengan keputusan 3-0 di Stadium MBPJ.

Ad

“Tidak, ini bukan soal individu tetapi ini kerja berpasukan. Kita melakukan banyak kerja sebegini, ianya normal apabila pasukan menunjukkan prestasi bagus.

“Jika kita tenang, kita mempunyai pelbagai cara untuk menjaringkan gol. Pada hari ini, kita menjaringkan tiga gol. Ia satu persembahan yang bagus daripada pasukan kita.

Ad

Bekas pemain Granada ini juga berazam untuk mencipta sejarah bersama JDT dan percaya bahawa pasukan mampu menjadi antara yang terbaik di Asia.

Ad

“Saya mahu mencipta sejarah bersama kelab besar ini. Saya pasti saya bekerja keras untuk letakkan nama saya di kelab besar ini dan melakar sejarah untuk kelab besar ini. Ini kerana saya percaya mereka akan menjadi kelab yang terbaik di Asia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Pemain sayap Gwangju FC, Jasir Asani meninggalkan komen pada hantaran Eddy dengan reaksi seolah-olah mengagumi persembahan yang ditunjukkan.

FAKE NEWS 3 Eddy Israfilov Menyinar, Reaksi Jasir Asani Curi Tumpuan

Kedua-dua pemain ini bertemu ketika aksi ACLE tatkala Gwangju melakar kemenangan 3-1 ke atas JDT.