Ejen Jesse Lingard Dipecat, Perpindahan Ke Barcelona Tersekat
Transfer
Nottingham Forest
Advertisements

Bekas penyerang England, Jesse Lingard kian terdesak bagi mencari kelab baharu susulan tindakannya membuang ejen beliau baru-baru ini.

Menurut laporan Transfer News Live, Lingard ternyata sangat kecewa dengan ejennya dan bertindak untuk memecatnya serta-merta.

“Jesse Lingard telah memecat ejennya selepas semakin kecewa dalam usahanya mencari kelab baharu”, tulis Transfer News Live di laman X.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun itu masih bergelar ejen bebas sehingga kini setelah dilepaskan oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest pada tahun 2023.

Sebelum ini, bekas pemain Manchester United itu telah menawarkan diri untuk menyertai Barcelona berikutan sesetengah laporan mengatakan kelab jaguh Sepanyol itu dalam misi mencari pemain tengah sokongan.

Advertisements

Ditambah pula dengan berita kecederaan serius yang menimpa pemain muda berbakat The Catalans, Gavi.

Namun sehingga kini, khabar angin tersebut masih tiada pengesahan rasmi dari mana-mana pihak dan hasrat Lingard untuk ke Catalonia terpaksa ditunda.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram