Empat Pemain Eropah Perkuat Skuad Korea Selatan B-23
Asia
Korea FA
Advertisements

Menjelang kempen Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024, Korea Selatan B-23 membuat persiapan ampuh dengan memanggil empat pemain yang berpangkalan di Eropah.

Empat pemain tersebut ialah Bae Jun-ho (Stoke City), Kim Ji-soo (Brentford), Yang Hyun-jun (Celtic) dan Kim Min-woo (Fortuna Dusseldorf).

Ini berdasarkan pengumuman yang dibuat Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) baru-baru ini.

Advertisements

Selain kuartet berkenaan, jurulatih, Hwang Sun-hong turut memanggil Jeong Sang-bin yang beraksi untuk kelab Major League Soccer (MLS), Minnesota United.

Daripada 18 pemain liga domestik yang dipilih memperkuatkan skuad muda Korea Selatan, tiga daripadanya merupakan tonggak skuad Korea Selatan B-20.

Mereka ialah Kang Seong-jin (FC Seoul), Kang Sang-yoon (Suwon FC) dan Lee Young-jun (Gimcheon).

Advertisements

18 pemain yang dipanggil bakal menjalani latihan di Gyeonggi-do dari 1 hingga 3 April sebelum bertolak ke kem latihan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 April.

Lima pemain yang berpangkalan di luar negara dijangka menyertai mereka di situ sebelum bertolak ke Doha, Qatar pada 10 April.

Korea Selatan berada dalam Kumpulan B bersama dua negara serantau, Jepun dan China serta UAE. Mereka membuka kempen dengan menentang UAE pada 16 April.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram